Mitsubishi Lancer GTE serlahan gaya & kuasa prestasi

By  |  2 Comments

LancerGTE_Ext_05

Kelibat Mitsubishi Lancer memang cekap memancing pandangan mata. Sosok tubuhnya yang mantap dengan rekaan yang begitu sporty daripada bahagian hadapan, sisi dan belakang membuatkan ramai yang cukup teruja dengan jentera ini.

Kali terakhir Lancer GT menerima suntikan facelift adalah pada tahun 2012 yang lalu. Kemudian pada pada April 2014, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan kemunculan model Lancer GTE memasuki pasaran negara ini. Ia boleh dianggap sebagai model pengganti bagi Lancer GT.

Dengan harga atas jalan RM115,590.20 (tanpa insurans), Lancer GTE ini adalah model CBU sepenuhnya yang dibawa masuk dari Jepun. Setiap pembelian didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Lancer GTE didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu White Solid, Black Mica dan Red Metallic.

LancerGTE_Ext_17

Sekilas pandang, tiada banyak perbezaan. Malah daripada sudut mekanikalnya, tiada sebarang perubahan. Jadi apa yang menariknya pada Lancer GTE ini?

Info Kereta berpeluang ‘mendampingi’ jentera ini selama beberapa hari bagi menyelami apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Lancer GTE. Adakah ia menyamai model Lancer GT? Atau ada perbezaannya.

Sebelum mengulas mengenai prestasi dan pengendaliannya, kita bercerita dahulu tentang imej luaran dan dalamannya.

Seperti mana yang dinyatakan pada perenggan ketiga, tiada banyak perbezaan di antara Lancer GT dan GTE. Dilihat pada bahagian hadapan, Lancer GTE menerima lampu pencahayaan siang LED dengan susunan menegak pada sudut bahagian tepi bampar bawah, bersebelahan dengan lampu kabus. Walau bagaimana pun, bagi pandangan mata penulis, rekaannya agak ‘kurang’ dan seperti tidak begitu bersesuaian. Tidak pula menyerlahkan lagi imej sporty jentera ini.

Rekaan bampar, gril, lampu utama (cuma ada tambahan dengan kawalan auto) dan lampu kabusnya masih kelihatan sama seperti mana model Lancer GT.

Begitu juga dengan bahagian belakangnya, tiada perbezaan antara Lancer GT dan GTE. Ia masih mengekalkan spoiler belakang yang sama. Ini bermakna Lancer GTE masih menggunakan kit badan yang sama dengan Lancer GT.

LancerGTE_Ext_23

Malah ia turut menampilkan rim aloi bersaiz 18 inci lapan-jejari yang dibaluti dengan tayar 215/45 R18 Yokohama Advan Sport, masih sama seperti model Lancer GT. Ia bagai kesinambungan elemen sporty untuk jentera ini.

Namun untuk menampakkan sedikit kelainan, selain lampu pencahayaan siang LED, model GTE ini turut ditampilkan dengan bumbung matahari. Pertambahan elemen ini sekurang-kurangnya membuatkan imej Lancer GTE sedikit berbeza dengan Lancer GT.

Cukup mengelilingi jentera ini, kita masuk pula ke bahagian kabinnya. Memilih material kulit combi untuk kekemasan dalamannya, papan pemuka Lancer GTE ini hanya sekadar ringkas sahaja. Tidak menampilkan imej yang futuristik, sebaliknya ia kelihatan sedikit konvensional.

Selain itu, ia turut menampilkan skrin sesentuh 6.1 inci yang turut berfungsi sebagai paparan bagi kamera undur, pedal pemboleh ubah magnesium, kawalan kelajuan automatik, sistem penghawa dingin zon tunggal dan tempat duduk balutan kulit Nappa.

Bukan itu sahaja, Lancer GTE ini turut mengimplementasikan sistem operasi tanpa kunci dengan menampilkan suis pemutar penghidup enjin (twist switch) dan bukannya butang penghidup enjin (push start/stop button).

Berkenaan dengan ruang dalamannya, ia sederhana luas tetapi mampu memberikan keselesaan optimum buat penumpang. Manakala ruang kargonya berkeluasan lebih kurang 400L.

Manakala bagi elemen keselamatannya, ia dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, beg udara untuk bahagian lutut pemandu, ABS, EBD, BA, ISOFIX serta tali pinggang pra-regangan dan pengehad bebanan. Malah Lancer GTE diproduksi dengan kerangka bertahanan tinggi RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) bagi memberi pelindungan lebih optimum buat pemandu dan para penumpang.

Bercerita tentang sudut mekanikalnya, ia masih sama seperti mana Lancer GT. Dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHC MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork puncak 197 Nm pada 4,2000 rpm. Juga dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT enam kelajuan. Bagi penulis, muntahan kuasa yang dijanakan oleh enjin ini sederhana sahaja dan tidak keterlaluan. Malah ketika pedal pendikit ditekan lebih, terjahan kuasanya tidak mendadak untuk memaksa enjin bergerak lebih.

LancerGTE_Ext_01

Malah pada peringkat awal mengendalikan jentera ini, penulis berasakan respons enjin agak perlahan untuk memuntahkan kuasa yang diingini. Tetapi lama-kelamaan, barulah penulis memahami respons enjin yang seperti bersikap ‘slow & steady’. Ini bukan bermakna enjin lambat memberikan respons, tetapi untuk mendapatkan momentum yang diingini, ia bergerak perlahan sedikit sebelum bertindak cemerlang.

Jika anda inginkan respons yang mendadak, maka lebihkan tekanan pada pedal pendikit untuk mengerah enjin bergerak lebih pantas. Namun pastinya ia akan memberikan efek kurang memberangsangkan terhadap penggunaan bahan api.

LancerGTE_Ext_35

Mengendali jentera ini, bagi penulis, ia ‘menghiburkan’ dan agak menyeronokkan. Apatah bila menggunakan mod manual dan ‘bermain-main’ dengan pedal penukar gear. Pertukaran gear yang lancar memberikan pacuan yang lebih memberangsangkan.

Malahan olengan badannya juga tidak begitu ketara walau pun ketika jentera dipecut laju dan kurang bumpy walau pun melalui permukaan jalan yang tidak rata atau beralun. Kestabilan jentera juga boleh tahan mantap biarpun melalui selekoh atau jalan berliku.

Berkenaan dengan kawalan sterengnya, ia terasa sedikit berat tetapi lama-kelamaan memberikan keseronokan dalam pengendaliannya. Jika ingin membuat pusingan U atau parkir, terasa sedikit berat. Tetapi jika jentera sedang dipacu dalam kelajuan yang tinggi terutamanya ketika melayan selekoh, memang cukup menyeronokkan.

LancerGTE_Ext_33

Bagi penulis, pengendalian Lancer GTE ini berpadanan dengan imej yang ditonjolkan. Ia memang sporty, tahan lasak, mantap dan stabil. Bancuhan empat rasa ini menjadikan Lancer GTE boleh dijadikan pilihan alternatif jika anda tercari-cari jentera seumpamanya tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah. Walau pun pastinya ia tidak sehebat Mitsubishi EVO, namun Lancer GTE ini sudah memadai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/