Harga petrol RON95 dan diesel naik mulai tengah malam ini!
By 0 Comments
|
Laporan BERNAMA menyebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini telah mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Ini bermakna, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Menurut KPDNKK, walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014
Sebelum ini, kali terakhir harga bahan api RON95 dan diesel turut dinaikkan sebanyak 20 sen ialah pada 3 September 2013 lalu.