Nissan Serena S-Hybrid dengan imej baharu dilancarkan

By  |  0 Comments

IMG_6384 copy

Pagi ini, bertempat di Encorp Strand, Kota Damansara, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Serena S-Hybrid berwajah baharu iaitu MPV hibrid pertama yang dipasang di Malaysia.

Serena S-Hybrid yang juga MPV No. 1 paling laris di Jepun ini sarat dengan inovasi, keselesaan tiada tandingan, ruang fleksibel dan penjimatan bahan api yang mendahului kelasnya. Serena S-Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Japan pada tahun 2013. Ia kini tampil dengan pelbagai ciri dan nilai tambah yang menjadikannya sebagai pencabar utama dalam segmen MPV saiz sederhana tempatan.

Sesuai dengan popularitinya dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga, Serena S-Hybrid baharu telah menjalani proses penggayaan semula pada bahagian luaran dan dalamannya agar tampil lebih bergaya dan dinamik. Pada masa sama mengekalkan 14 konfigurasi berbeza tempat duduknya yang unik. Ia telah menawarkan dua varian iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Sebagai MPV hibrid CKD pertama Malaysia, Serena S-Hybrid baharu mewakili sokongan ETCM dalam merealisasikan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesra alam. Kami juga bangga untuk mengumumkan bahawa Serena S-Hybrid CKD baharu iniialah Serena S-Hybrid pertama yang dipasang di luar Jepun.”

SERENA LAUNCH

Antara ciri-ciri baharu termasuklah gril hadapan krom tiga dimensi yang telah direka semula, lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan lampu signatur LED, bampar depan yang dipasang bersama lampu kabus, serta rekaan bonet dan fender baharu. Di bahagian belakang, lampu kombinasi LED digayakan dengan garis berbentuk S yang bergaya.

Ia bukan sahaja meningkatkan pandangan bagi pemandu yang menghampiri dari belakang, tetapi juga menambah sentuhan elegan pada gaya luarannya. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan acuan sisi baharu dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Untuk gred Premium Highway Star, spoiler bumbung dan visor pintu pula ditambah untuk meningkatkan elemen sporty. Varian ini juga dilengkapi dengan V-Kool Elite Security, Armorcoat dan Solar Gard.

Ruang kabin Serena S-Hybrid baharu adalah yang paling besar dan fleksibel dalam kelasnya. Ia mampu memuatkan sehingga lapan orang penumpang, selain menawarkan 14 konfigurasi berbeza untuk tempat duduk dan kargo. Sebuah tayar gantian diletakkan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan kini ditawarkan sebagai satu ciri standard.

Bahagian dalaman pada Premium Highway Star juga telah ditambah baik dengan menawarkan sentuhan sofistikated menerusi gabungan tempat duduk balutan kulit, serta unit utama yang terdiri daripada navigasi multimedia bersaiz 6.5 inci bersama kamera belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB & Bluetooth serta panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung.

Serena S-Hybrid baharu dikuasakan oleh enjin petrol Nissan MR20DD empat silinder DOHC dengan sistem pancitan terus bersesaran 2.0L. Dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini dengan Adaptive Shift Control (ASC), enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 147 PS dan tork maksimum 210 Nm pada 4,400rpm.

Enjin dan transmisi ini berupaya berfungsi dengan efisien untuk menawarkan kuasa tork yang tinggi pada kelajuan enjin rendah. Sekali gus mengurangkan tekanan pendikit, meningkatkan penjimatan bahan api, mengurangkan emisi serta mencapai bacaan 15.2km seliter dalam ujian Japan JC08.

Menggunakan sistem hibrid yang ringkas dan kompak, motor eletrik ECO bertindak sebagai sumber kuasa sokongan untuk membantu enjin dan proses menjana semula tenaga. Sistem hibrid ini juga mempunyai satu unit bateri ekstra untuk menyimpan kuasa tambahan.

Sistem S-Hybrid menampilkan satu sistem melahu Start/Stop yang akan mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti. Enjin akan dihidupkan semula apabila pedal brek dilepaskan. Ini membantu Serena S-Hybrid baharu mencapai penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

Keselamatan juga adalah keutamaan, dan sebagai kereta keluarga, Serena S-Hybrid baharu ini dilengkapi dengan teknologi Nissan untuk memastikan pemanduan yang selamat. Ini termasuk dua beg udara SRS , ABS, EBD dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).


“Kami yakin bahawa Serena S-Hybrid baharu akan menerima maklum balas positif. Dengan kereta keluarga yang terbaik ini, kami harap dapat memainkan peranan dalam mencipta momen-momen indah untuk semua keluarga di seluruh negara,” tambah Tan.

Nissan Serena S-Hybrid baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM149,500 untuk model Premium Highway Star dan RM138,800 bagi gred Highway Star (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia turut hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

MPV ini didatangkan dalam dua warna baru iaitu merah (Garnet Red) dan biru (Graphite Blue), di samping tiga warna sedia ada termasuklah hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver).

Sempena pelancaran Nissan Serena S-Hybrid baharu, ETCM menawarkan yuran servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun serta peluang memenangi percutian selama tiga hari dua malam di Legoland Malaysia, termasuk penginapan dan akses ke taman-taman tema Legoland untuk 1,000 pelanggan pertama.

Malah ETCM turut menawarkan pembayaran ansuran istimewa bernilai RM888 sebulan untuk dua tahun pertama bagi 1,000 pelanggan pertama yang mendaftar sebelum 31 Disember 2014.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/bandarqq/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/dominoqq/