Mazda CX-3 2016 pastinya mampu mencuri perhatian
Turut mengambil kesempatan memperkenalkan model baharu ialah Mazda dengan memilih untuk menampilkan Mazda CX-3 2016 di pentas Los Angeles Auto Show yang sedang hangat berlangsung.
Dijangka bakal dipasarkan pada tahun hadapan, model crossover ini tampil dengan rekaan gril yang nampak garang, lampu utama yang melunjur ke belakang dan lapisan plastik pada kerangka.
Bahagian kabinnya juga ternyata lebih luas berbanding dengan model Mazda2. Ia turut menampilkan kekemasan metalik dan hitam berkilat, menambahkan lagi gaya elegan kabinnya. Bagi varian spesifikasi tertinggi, ia juga akan dilengkapi dengan sistem infotainmen Mazda Connect.
Untuk pasaran USA, CX-3 ini bakal dijanakan oleh enjin petrol 2.0 liter SKYACTIV-G dan dipadankan dengan transmisi automatik SKYACTIV-Drive.
Manakala bagi pasaran Eropah pula, ia dijanakan oleh dua jenis enjin iaitu 2.0-liter SKYACTIV-G petrol dan enjin baharu 1.5-liter SKYACTIV-D diesel. Kedua-duanya mungkin akan dipadankan dengan transmisi manual SKYACTIV-MT atau automatik SKYACTIV-Drive.
Bagi pasaran Eropah dan Amerika Utara, ia akan menawarkan model pacuan tayar-hadapan standand, manakala pacuan semua-roda sebagai pilihan.