Mazda 2 serba baharu bakal dilancarkan pertengahan Januari ini – Harga RM85,470
Bakal dilancarkan pada pertengahan bulan ini, Mazda 2 SkyActiv 2015 dikatakan bakal dijual pada harga RM85,470 (tanpa insurans) untuk varian sedan dan hatchback. Senarai harganya juga sudah tersebar menerusi FB.
Antara elemen menarik yang bakal ditampilkan ialah rim aloi bersaiz 16-inci, tempat duduk balutan kulit, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, skrin sesentuh MZD Connect bersaiz tujuh-ingi dengan tombol Commander Control dan kamera undur, pedal penukar gear, kawalan suhu automatik, sistem i-stop, dan lampu pencahayaan siang. Manakala sistem navigasi pula ditawarkan secara pilihan dengan pakej tambahan bernilai RM1,200.
Di dalam senarai harga berkenaan turut tertera hanya satu sahaja aspek keselamatan yang ditampilkan iaitu kawalan cengkaman, namun difahamkan Mazda 2 ini juga dilengkapi dengan dua beg udara dna juga kawalan kestabilan.
Mazda 2 ini tampil dengan enjin 1.5 liter SkyActiv-G empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 115 hp dan tork 148 Nm serta dipadankan bersama transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan.