Volkswagen Beetle & Polo 3-pintu hatchback bakal ditamatkan riwayatnya
Menurut laporan Automotive News Europe, Volkswagen bakal mempertimbangkan untuk menamatkan riwayat pengeluaran beberapa model kenderaannya yang jualannya tidak memberangsangkan. Objektif penamatan pengeluaran model tersebut adalah untuk mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung.
Keputusan Volkwagen ini mungkin akan melibatkan dua modelnya iaitu Polo tiga-pintu hatchback, dan juga Beetle. Manakala Polo lima-pintu masih diteruskan pengeluarannya walaupun jualannya juga agak sedikit perlahan.
Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan kerana pada tahun lalu, Volkswagen ada mengatakan hasrat untuk memperkenalkan varian baharu bagi Beetle.
Sebelum ini, Volkswagen telah mengesahkan untuk memberhentikan pengeluaran model Eos convertible, di mana model terakhirnya akan berlangsung pada Mei ini di Portugal.
Nampak gayanya jika benar keputusan yang dilakukan ini bakal disempurnakan, maka model ikonik Beetle dan Polo tiga-pintu akan menjadi lipatan sejarah dalam dunia automotif global sahaja.