Kia Picanto bukti saiz bukan ukuran

By  |  0 Comments

Picanto39

Lima tahun sebelum ini, kebanyakan pandangan umum mengenai jenama Kia agak skeptikal. Rata-ratanya berpendapat reka bentuknya agak kurang menarik perhatian, teknologi yang diterapkan pula tahap ‘biasa-biasa sahaja’ dan nilai jualan semula cukup rendah. Ramai yang membandingkan Kia dengan jenama persaing senegaranya, Hyundai.

Namun, sejak kebelakangan ini pandangan mengenai Kia yang berasal dari negara ‘Kimchi’, seakan sudah berubah. Rekaannya semakin menambat hati, moden dan tersendiri. Untungnya Kia apabila pereka automotif terkenal dunia iaitu Peter Schreyer menyertai syarikat ini. Beliau yang bertanggungjawab mengubah rekaan model-model baharu Kia sejak tahun 2006 telah membuka mata para pemerhati industri automotif dunia dan secara tidak langsung membawakan jenama ini lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

Bukan setakat rekaan, Kia turut memperhebatkan lagi teknologi yang diimplementasikan terhadap model-model baharunya. Malah ia setanding dengan kebanyakan jenama antarabangsa lain termasuklah dari Eropah dan Jepun sendiri. Tidak kira kategori kenderaan, sama ada sedan mahu pun hatchback, Kia tidak berkompromi di dalam memberikan yang terbaik buat produknya.

Buktinya…Kia Picanto yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Biar pun ia sebuah kereta kompak, namun kelengkapan teknologinya mirip seperti abangnya, Cerato dan Optima K5. Pertama kali mendapat model pandu uji ini (transmisi manual berwarna Alice Blue dan Lemon Grass pula automatik), Infokereta terus membelek risalah kereta segmen A ini terlebih dahulu bagi mengetahui apakah elemen yang diterapkan. Wow! Memang menguja. Ingin mengetahui apakah keistimewaan si comel ini? Baca artikel ini hingga noktah terakhir.

Boleh dikatakan Kia Picanto 2013 ini membawakan transformasi 360 darjah berbanding dengan model terdahulu. Daripada rekaan luaran dan dalamannya, ia mendapat sentuhan yang moden dan mengikuti ekspektasi masa kini. Walau pun ia hanya sebuah kereta hatchback yang comel, namun Kia tetap mahukan Picanto tampil dengan imej yang memukau.

Seperti mana model Kia yang lain, Picanto turut tampil dengan gril geometri berkonsepkan Tiger Roar yang memberikan gambaran sedikit garang. Ditambah pula dengan lampu utama projektor dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED menyerlahkan lagi imejnya. Antara daya tarikan yang ada pada rekaan luaran Picanto ialah ia turut tampil dengan Welcome Light yang sangat efektif jika memandu berseorangan pada waktu malam terutamanya bagi pemandu wanita.

Picanto42

Jika varian automatik dilengkapi dengan lampu kabus pada bahagian hadapan, namun ia tidak ditampilkan pada model manual.

Begitu juga dengan pemegang pintu berkemasan krom dan rim aloi bersaiz 15 inci, ia cuma untuk varian automatik sahaja. Manakala varian manual hanya menerima padanan rim aloi bersaiz 14 inci dengan pemegang pintu biasa sahaja.

Pada bahagian sisi kerangka, garisan penuh karakteristik ketara bagi menampakkan Picanto lebih maskulin. Manakala bahagian bampar belakangnya pula tampak stabil.

Picanto44

Antara elemen lain yang diimplementasikan buat rekaan luaran bagi kedua-dua varian Picanto ialah penggunaan lampu belakang LED yang tampak unik seperti bentuk boomerang, lampu LED pada cermin sisi, cermin sisi boleh laras secara elektronik, dan lampu brek ketiga LED pada spoiler belakang.

Tidak hanya menitik beratkan soal rekaan luaran semata-mata, kekemasan di dalam kabin juga nampak sempurna dan cukup sesuai untuk kereta comel ini. Rekaan pada papan pemuka tiada perbezaan. Kedua-duanya dilengkapi dengan stereng berkuasa elektrik dengan butang kawalan disusun kemas pada permukaan papan pemuka.

Cuma bonus tambahan buat varian automatik ialah turut tampil dengan sistem audio enam pembesar suara, Supervision Cluster bersama Trip Computer, roda sterengnya dibaluti material kulit, terdapat pemegang cawan pada bahagian konsol di tengah yang turut dihiasi dengan Mood Lamp, butang kawalan audio dengan sambungan Bluetooth pada roda stereng, tempat meletak kaca mata dan sunvisor dengan cermin yang dihiasi lampu iluminasi LED di kedua-dua sisinya.

Malah varian auto turut dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin. Manakala varian manual hanya menggunakan kunci konvensional.

Ruang kapasiti Picanto mampu memuatkan antara empat hingga lima orang di dalam kabinnya (jika berbadan besar, mungkin hanya dua orang sahaja cukup selesa duduk di bahagian penumpang belakang). Manakala ruang kaki dan ruang kepala mempunyai keluasan sederhana dan ‘ngam ho’ sahaja. Picanto ini mampu memuatkan sehingga 200 liter kapasiti muatan pada ruang kabinnya, ia lebih 43 liter berbanding model terdahulu.

Ok. Bagaimana pula dengan prestasi Picanto ini? Infokereta berpeluang memandu uji kedua-dua varian iaitu manual dan automatik. Prestasinya sama tetapi tidak serupa. Apa yang dimaksudkan tidak serupa sudah tentulah daripada segi pengendaliannya.

Di bawah hud Picanto serba baharu ini terletaknya enjin Kappa 1.2 liter MPI CVVT empat silinder DOHC 16-injap. Ia mampu memuntahkan kuasa sehingga 86 hp pada 6,000rpm dan puncak tork 119.6Nm pada 4,000rpm. Secara dasarnya, usah mengharapkan prestasi yang melebihi di luar kemampuan enjin 1.2 liter itu. Namun, juga jangan memandang rendah akan kemampuannya. Enjinnya berkapasiti kecil dan kerangkanya memang comel, tetapi tidak ketinggalan ligat di jalan raya. Walau pun pasti tidak dapat menandingi kehebatan kereta lain yang enjin berkapasiti besar, namun memandu Picanto ini turut mampu melahirkan rasa puas.

kia-picanto-manual 041

Penulis akui, lebih senang mengendalikan kenderaan tiga pedal atau pun transmisi manual. Tetapi bagi Picanto ini, varian automatik lebih menyenangkan. Bagi penulis, pergerakan kuasa manual dengan lima kelajuan agar mendatar. Berlainan pula dengan varian automatik empat kelajuan yang memberikan sedikit impak menguja dengan kesan sentakan yang cukup minimum semasa berlakunya pertukaran gear. Lebih mudah dikendalikan.

Berkenaan dengan sudut prestasinya, kedua-dua varian memberikan ekspresi yang seimbang. Kuasa pecutan selari dengan kapasiti enjinnya tetapi mampu ‘berlari’ sehingga mencecah 140km/j tanpa sebarang masalah.

Suspensi yang digunakan iaitu MacPherson Strut di bahagian hadapan dan Coupled Torsion Beam Axle untuk belakang memberikan kestabilan yang lebih mantap biar pun kerangkanya kecil. Olengan badannya juga berada pada tahap sederhana, tidak terlalu membuai jika melalui permukaan jalan yang beralun atau pun di selekoh.

Motor Driven Power Steering (MDPS) yang ditampilkan pada varian automatik cukup menyenangkan. Menjadikan pemanduan lebih mudah terutamanya jika mahu membuat pusingan U. Tidak seperti stereng berkuasa elektrik konvensional yang memerlukan lebihan tenaga daripada enjin, MDPS hanya menggunakan kuasa enjin jika benar-benar diperlukan sahaja. Secara tidak langsung, ia turut mempengaruhi penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Picanto10

Dengan kerangkanya yang bersifat aerodinamik, Picanto baharu ini turut menawarkan penjimatan bahan api yang memuaskan. Mengikut risalah spesifikasinya, tercatat penggunaan 22km untuk setiap liter.

Mengenai soal keselamatan, ternyata Kia tidak mahu terlepas pandang. Maka Picanto ini turut dilengkapi dengan enam beg udara (kereta sekecil ini mempunyai jumlah beg udara yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan kereta sedan di pasaran. Hebat bukan?), sistem Kawalan Imbangan Elektronik, sistem Pengurusan Kestabilan Kenderana, Bantuan Parkir belakang dengan empat pengesan undur, Bantuan Kawalan Bukit, sistem empat brek cakera dan ISOFIX selain ABS serta EBD. Picanto baharu ini turut mendapat pengiktirafan empat bintang daripada EURO NCAP.

Dengan harga atas jalan yang ditawarkan iaitu RM59,888 untuk varian automatik dan RM54,888 bagi manual, setiap pembelian Kia Picanto baru ini disertakan dengan jaminan lima tahunan tanpa had perbatuan. Mendatangkan enam pilihan warna yang menarik iaitu Clear White, Galaxy Black, Bright silver, Lemon Grass, Signal Red dan Alice Blue, Picanto ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan kenderaan yang ringkas, mudah dikendalikan dan mempunyai prestasi yang memuaskan.

Spesifikasi :
Enjin : KAPPA 1.2 MPI CVVT
Transmisi : Manual 5-kelajuan & Automatik 4-kelajuan
Kuasa maksimum : 87 PS @ 6,000rpm
Tork maksimum : 119.6 Nm @ 4,000rpm
Sistem brek : Ventilated Disc (hadapan) & Solid Disc (belakang)
Sistem suspensi : MacPherson Strut (hadapan) & Coupled Torsion Beam Axle (belakang)
Kapasiti tangki bahan api : 35 liter

Varian Automatik

Varian Manual

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/