Mitsubishi Triton Quest 4×2 MT muncul lebih awal sebelum pelancaran
By 0 Comments
|
Mei ini bakal menyaksikan pelancaran Mitsubishi Triton baharu. Sebulan sebelum itu, pra-tempahannya telah pun dibuka.
Namun hari ini, laman web Oto.my telah pun menyiarkan senarai harga jangkaan, spesifikasi dan beberapa keping foto salah satu variannya iaitu Triton Quest. Di mana ia adalah model gantian bagi Triton Lite dan dijangka berharga RM71,000 OTR berserta insurans.
Bagi Triton Quest ini, antara elemen yang ditampilkan termasuklah pemain CD dengan sambungan AUX/USB, penghawa dingin manual, ABS, EBD dan dua beg udara. Malah ia juga dilengkapi dengan lampu utama reflektor tanpa lampu nyalaan siang, gril berwarna hitam dan rim bersaiz 15-inci.