Peugeot sebar sedutan video 308 GTi baharu
Peugeot telah pun menyebarkan sedutan video model 308 GTi baharu yang bakal melakukan penampilan perdana hujung bulan ini.
Jentera hot-hatch ini dijangkakan bakal dipadankan dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 270 hp. Di mana enjin ini dikatakan datang dari sumber yang sama dengan model RCZ R. Bukan itu sahaja, terdapat juga perkhabaran yang bertebaran mengatakan enjin ini bakal bekerjasama dengan kotak gear manual enam-kelajuan.
Selain itu, 308 GTi baharu ini juga bakal ditampilkan dengan rim aloi bersaiz 19-inci dengan tayar Michelin, kaliper brek berwarna merah, ekzos berkembar, gril hadapan ‘sarang lebar’ dan juga beberapa perubahan dalaman-luaran yang agak minimal.
Peugeot 308 GTi ini dijangka akan melakukan penampilan sulungnya pada 25 Jun ini di Goodwood Festival of Speed.