Jaguar F-Pace bakal muncul sebagai crossover prestasi tinggi
By 0 Comments
|
Jaguar telah menyebarkan video terbaharu mengenai model crossover F-Pace.
Direka sebagai “pentafsiran semula segmen crossover“, model produksi ini bakal mengikut jejak langkah model konse C-X17 dan ia turut menampilkan lampu utama LED serta lampu nyalaan siang LED.
Jaguar turut mengatakan bahawa model ini memiliki “prestasi yang memberangsangkan, teknologi yang cukup intuatif dan praktikiliti mengungguli kelasnya”.
Walau bagaimana pun, Jaguar masih belum mendedahkan lagi perincian selanjutnya. Namun kemungkinan besar ia bakal dijanakan oleh enjin 3.0 liter supercharged V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 340 hp dan tork 450 Nm.