Penutupan jalan di Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee & Jalan Sultan Ismail untuk kerja penurapan
Mulai 10 malam ini sehingga 6 pagi, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee dan Jalan Sultan Ismail akan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja penurapan untuk persediaan acara KL City Grad Prix yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos ini.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan Jalan Ampang akan bermula dari persimpangan Jalan Binjai Persiaran KLCC hingga ke Jalan Sultan Ismail manakala penutupan Jalan P.Ramlee akan bermula dari persimpangan Jalan Pinang hingga ke persimpangan Jalan Ampang.
Kedua-dua jalan ini akan mula ditutup bermula hari ini dan esok.
Manakala penutupan Jalan Sultan Ismail akan bermula dari persimpangan Jalan Raja Abdullah hingga persimpangan Jalan P.Ramlee dan Jalan Ampang dari persimpangan Jalan P.Ramlee hingga ke Jalan Sultan Ismail bermula 3 dan 4 Julai.
Dalam tempoh penutupan tersebut pengguna jalan raya akan dilencongkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.