OMV! Perodua Myvi XT bakal dilancarkan pada 10 April ini
Laman web rasmi Perodua telah pun mengeluarkan iklan promosi Perodua Myvi XT yang dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Walau bagaimana pun masih tidak terdapat sebarang kenyataan rasmi berhubung dengannya.
Namun begitu, terdapat sumber yang mengatakan, model baharu Myvi ini mungkin hanya ditawarkan untuk satu varian sahaja iaitu Myvi XT 1.3 dengan pilihan transmisi sama ada automatik dan manual. Ia dijangka berharga bermula RM42,500 seunit.
Varian “XT” atau pun “Extra” ini dikatakan memiliki rekaan yang lebih bergaya dan diberikan suntikan yang segar dengan kehadiran lebih banyak elemen menarik. Ia membawakan konsep “Fun and Lively”.
Antara elemen baharu yang ditampilkan termasuklah dipadankan dengan rim aloi yang lebih sporty, jeriji krom baharu pada bampar hadapan, warna baharu iaitu Lime Green, dan tempat duduk rekaan terkini.
Dengar cerita, Perodua akan melancarkan Myvi XT ini pada Khamis hadapan iaitu 10 April. Jadi, nantikan perkembangan selanjutnya dari InfoKereta.