Lexus NX crossover 2015 bakal dizahirkan….
By 0 Comments
|
Sebelum membuat penampilan pada 20 April ini di Beijing Motor Show 2014, Lexus telah mengedarkan foto pertamanya kepada pihak media.
Model konsep Lexus NX crossover 2015 bakal ditampilkan dengan elemen-elemen terkini, termasuklah padanan jeriji, lampu utama LED dan DRL dengan rekaan yang lebih mewah. Malah imej hadapannya kelihatan ganas dan garang seumpama Darth Vader.
Manakala daripada sudut mekanikal pula, NX crossover ini akan dipadankan dengan enjin baharu 2.0 liter empat silinder pengecas turbo D-4S VVT-i yang boleh memberikan kerjasama yang erat dengan sistem pacuan empat roda.
NX Crossover dijangka bakal diproduksi selepas Beijing Motor Show dan mungkin berada di pasaran selewat-lewatnya awal tahun hadapan.