Imej kabin Nissan Navara 2015 didedahkan
Esok Nissan bakal menempa sejarah di peringkat dunia automotif serantau apabila melancarkan model terbaharu bagi trak pikap, Nissan Navara 2015. Majlis pelancarannya bakal disempurnakan di Bangkok, Thailand.
Dua hari sebelum majlis pelancarannya, Nissan telah memuat naik video pengenalan yang mendedahkan ruang dalaman trak pikap ini. Dengan mengetengahkan ruang dalaman yang lebih luas, selesa dan penuh kemudahan, Navara 2015 dilihat bakal membawakan dimensi berbeza bagi trak pikap di pasaran antarabangsa.
Jelas kelihatan kehadiran paparan sesentuh bersaiz sederhana, sistem kawalan penghawa dingin berkembar, roda stereng tiga jejari dengan butang kawalan, serta tombol pemilihan mod pacuan 4WD.
Untuk gambaran yang lebih jelas, Info Kereta akan membawakan maklumat selanjutnya hasil liputan wakil Paultan.org yang bakal berada di sana.