Toyota bakal memproduksikan kenderaan hidrogen Disember ini
Menurut laporan Japan Times, Toyota bakal memproduksikan kenderaan hidrogen selewat-lewatnya pada pertengahan Disember tahun ini. Malah Toyota juga menjangkakan bakal memasarkan kenderaan ini pada awal tahun 2015.
Kenderaan hidrogen ini mungkin diproduksikan sebanyak 12 unit sebulan dan bakal dijual pada harga $8 juta yen. Malah rekaannya juga mungkin diadaptasikan daripada kenderaan sedan konsep Toyota FCV yang pernah dipamerkan di Tokyo Motor Show 2013 lalu.
Dengan penjana kuasa menggunakan bahan api hidrogen, ia dilihat sebagai kenderaan masa hadapan yang bakal menjadi pilihan utama masyarakat dunia kelak. Malah Toyota juga berazam untuk menjadi trendsetter bagi kenderaan hidrogen ini. Dan jika ia mendapat sambutan yang menggalakkan, pengeluar kenderaan terkemuka Jepun ini tidak teragak-agak untuk menghasilkan lebih banyak kenderaan seumpamanya kelak.
Toyota FCV Concept