Imej luaran Toyota Fuel Cell didedahkan secara rasmi
Toyota Motor Corporation (TMC) akhirnya memperkenalkan imej luaran versi produksi kenderaan sedan fuel cell atau hidrogen. Mengikut perancangan, kenderaan ini bakal dijual di Jepun pada April 2015 dan turut akan berada di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah pada musim panas tahun hadapan.
Namun terdapat sedikit perubahan yang dilakukan pada rekaan gril hadapannya yang memiliki bentuk berlian atau sarang lebah bagi memberikan imej yang lebih berketerampilan, tidak seperti penampilan yang konvensional.
Mula diperkenalkan sebagai model kenderaan konsep yang dipertontonkan di Tokyo Motor Show 2013 lalu, setelah enam bulan selepas itu, Toyota mengambil keputusan untuk mereka bentuk luaran bagi versi produksi. Malah telah pun menetapkan harganya iaitu $7 juta untuk pasaran Jepun.
Buat masa ini, Toyota mensasarkan jualan di lokasi yang mempunyai infrastruktur bahan api hidrogen yang telah dibangunkan. Walau bagaimana pun, perician dan spesifikasi mengenai kenderaan ini termasuk harga yang yang lebih tepat dan sasaran jualan hanya akan diumumkan kemudian.
Walau pun dikenali sebagai sebuah kenderaa mesra alam, namun prestasinya didakwa lebih kurang sama dengan kenderaan berenjin petrol. Malah ia juga dikatakan mampu mencecah perjalanan sehingga 700 km dengan waktu pengisian bahan api sekitar tiga minit.
Ketika dipacu, kenderaan ini hanya menghasilkan pelepasan berupa wap air yang dihasilkan oleh tindak balas antara hidrogen dan oksigen.
Toyota sangat yakin dengan teknologi yang dibangunkan ini kerana dikatakan mempunyai masa hadapan yang cerah kerana ia bersifat kenderaan mesra alam.