Kenaikan caj yang lebih tinggi untuk kenderaan asing yang memasuki Singapura mulai 1 Ogos
Astro Awani petang ini melaporkan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari mulai 1 Ogos ini.
Menurut Lembaga Pengangkutan Darat (VEP) Singapura, bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan.
Di mana waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.
Manakala bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari.
Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain. Di mana waktu VEP ini dilanjut bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura.
Namun kenaikan ini dikecualikan bagi bas atau teksi.
Kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014.
Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan.
Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.