Citroen dedah foto ruang kabin model SUV mewah DS 6WR
Selepas mempertontonkan model SUV mewah DS 6WR di Beijing Motor Show yang lalu, hari ini Citroen mendedahkan foto ruang kabinnya pula.
Melalui foto yang didedahkan ini, nampak elemen penuh kemewahan merajai setiap sudut ruang dalamannya terutama pada bahagian kokpit. Ia dihiasi dengan balutan kulit upholstery dengan kekemasan aluminium pada bahagian pintu, konsol tengah dan juga roda sterengnya.
Juga terdapat butang sistem Kawalan Genggaman yang terletak dekat dengan tuil gear yang turut menerima balutan kulit.
SUV mewah ini berukuran 4.55 meter panjang, kelebaran 1.86 meter, setinggi 1.61 meter dan jarak roda 2.73 meter, turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 19 inci.
Ia bakal dijanakan oleh enjin e-THP yang mampu menghasilkan kuasa 160 PS atau unit THP dengan kuasa 200 PS serta dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan.
Sewaktu diperkenalkan di Beijing Motor Show April lalu, Citroen mengumumkan ia adalah untuk pasaran China dan bakal dilancarkan pada September ini.