Rebut tawaran hebat bersama Peugeot sempena Aidilfitri
Nasim Sdn Bhd telah mengumumkan promosi ‘Peugeot Raya Weekend Test Drive’ pada hujung minggu ini iaitu 5 dan 6 Julai 2014. Peluang ini terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk memandu uji mana-mana model SUV dan MPV Peugeot termasuklah 2008, 3008 dan juga 5008.
Bagi yang berminat untuk memandu uji, anda dialu-alukan mengunjungi mana-mana pusat pameran Peugeot pada hujung minggu ini. Malah Peugeot turut menyediakan hadiah istimewa bagi mereka yang mengambil bahagian di dalam program pandu uji ini.
Menurut Nasim Sdn Bhd, program pandu uji pada hujung minggu ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena dengan ‘Peugeot Raya Drive Celebration’ yang dianjurkan menjelang Aidilfitri tahun ini.
Selain daripada 2008, 3008 dan 5008, model lain yang turut mengambil bahagian bagi program sempena Aidilfitri ini ialah 208, 408 Turbo dan 508 premium.
Di mana sepanjang promosi ini, pelbagai tawaran menarik menanti pelanggan yang membuat tempahan. Antaranya model 208 dijual pada harga RM79,000, 408 Turbo pula RM107,000 dan 508 premium RM155,000. Semua harga yang dinyatakan adalah tanpa insurans.
Promosi Raya ini akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.