Ford Fiesta 1.0 EcoBoost enjin kecil dengan kuasa luar biasa

By  |  0 Comments

FiestaEcoboost_29

Dua kali perancangan untuk memandu uji jentera ini tergendala. Namun ia sedikit pun tidak menggugat perasaan untuk memandu ujinya. Lantas pelawaan kali ketiga ini disambar memandangkan jentera ini kerap kali diiktiraf dunia kerana memiliki enjin terbaik bagi kelasnya.

Jadi ini mendorong Info Kereta untuk berkongsi apakah keistimewaan yang ditampilkan oleh Ford Fiesta 1.0 EcoBoost yang mula berada di pasaran tempatan sejak awal Mei lalu.

Jika ‘dilihat’ tanpa memandu ujinya terlebih dahulu, enjin berkapasiti 1.0L yang dipadankan bersama Fiesta ini, kebarangkalian kuasa yang ditampilkan hanya sekadar ‘biasa-biasa’ sahaja. Atau pun mungkin ada yang beranggapan, ia tidak kurang berkuasa. Mungkin setaraf dengan Perodua Viva 1.0L.

Jadi sebelum mengetahui kebolehan yang mampu dipamerkan oleh jentera ini, maka tidak adil untuk membuat sebarang andaian yang kurang pasti.

Untuk itu, sila baca ulasan pandu uji ini sehingga noktah terakhir.

FiestaEcoboost_63

Memacu jentera ini di jalan biasa dalam kelajuan yang sederhana, mungkin sukar untuk menelaah kehebatan yang dipamerkan olehnya. Jadi, penulis memilih untuk melenjannya di lebuh raya LATAR yang agak lengang. Dengan keadaan lebuh raya yang tidak banyak kenderaan melaluinya, peluang melenjan Fiesta 1.0 EcoBoost ini digunakan seada-adanya.

Dijanakan oleh enjin 1.0L GTDI EcoBoost 3-silinder, siapa sangka Fiesta 1.0 EcoBoost ini boleh menghamburkan kuasa sehingga 125PS pada 6,000 rpm. Secara tidak langsung berjaya ‘mengalahkan’ abangnya sendiri iaitu Fiesta 1.5L kerana ia memiliki terjahan kuasa turbo yang mampu meledakkan lagi keupayaan kuasanya.

Malah terjahan tork yang dipersembahkan juga mengagumkan iaitu 170 Nm pada 4,500 rpm.

FiestaEcoboost_25

Apabila pedal pendikit dipijak lebih bagi menghasilkan kuasa pecutan yang diingini, ternyata Fiesta 1.0L EcoBoost tidak menghampakan. Malah pedal pendikit juga tidak perlu dipijak habis sehingga ke lantai kenderaan, sebaliknya sedikit sahaja sudah memadai untuk jentera ini melampiaskan kuasa serta merta mengikut kelajuan yang dikehendaki.

Padanan transmisi automatik PowerShift dengan enam kelajuan juga dilihat sebagai pilihan yang tepat bagi jentera ini. Malah pertukaran gearnya juga tidak menyentak, memberikan lebih ketenangan sewaktu pengendaliannya.

FiestaEcoboost_06

Jika memilih mod Sport, anda boleh ‘mengawal’ gear pada butang yang terletak di tepi tuil gear. Penulis kurang memahami kenapa perlu menggunakan butang + – untuk menukar gear, kerana ia terasa sedikit kurang sesuai. Lebih baik sekiranya disertakan pedal penukar gear (paddle shifter) atau pun anjakan pada tuil gear (secara tolakan atas dan bawah) seperti kebanyakan model lain.

Bila memilih mod ini, ledakan kuasanya kian dirasai. Ketika ini, terasa Fiesta 1.0L EcoBoost ini umpama ledakan roket kecil yang meluncur laju tanpa sebarang sekatan.

Untuk pengetahuan, enjin 1.0L EcoBoost sememangnya satu mekanikal yang mengagumkan kerana ia menggabungkan tiga teknologi termaju iaitu pengecas turbo, Ti-VCT dan pancitan terus bahan api. Biarpun kecil, enjin ini ternyata mampu menyaingi enjin tradisional bersesaran 1.6 liter. Pada masa yang sama menggunakan kurang bahan api secara signifikannya.

Seperti mana model Fiesta 1.5L, Fiesta 1.0L EcoBoost ini juga mampu memiliki tangki bahan api berkapasiti 43 liter.
Namun bagaimana pula dengan penggunaan bahan apinya? Enjinnya kecil tetapi mampu menghasilkan ledakan kuasa yang mengagumkan pastilah memberikan kesan terhadap penggunaan bahan apinya. Itu telahan anda.

FiestaEcoboost_70

Mengikut ujian yang dilakukan oleh Ford, jentera ini mampu memberikan penggunaan bahan api sehingga 5.3 liter untuk setiap 100km. Jadi jika anda bijak di dalam menentukan corak pemanduan, jarak perjalanan dan muatan, pastinya penjimatan bahan api yang ditawarkan ini memberikan bonus ekstra buat jentera ini.

Kuasa yang dipamerkan oleh jentera ini seiiring dengan pengendaliannya yang terasa mantap biar pun bertubuh kecil molek. Dengan saiz kerangka 3982mm panjang, kelebaran 1722mm dan ketinggian 1489mm, jentera ini tidaklah terasa ringan atau berat ketika dikendalikan.

Ketika melalui jalan berliku atau pun selekoh, jentera masih mampu meluncur mantap biar pun dalam kelajuan yang sedikit tinggi. Begitu juga ketika melalui permukaan yang kurang rata, kurang terasa beralun sewaktu mengendalikannya. Malah olengan badan jentera ini juga berada pada tahap minima.

Namun sedikit kekurangan yang ada pada Fiesta 1.0L EcoBoost ini apabila kawalan sterengnya terasa sedikit berat tetapi tetap responsif.

Biar pun kecil, namun Ford tetap memadankan sistem suspensi yang mantap buat jentera ini. Padanan topang MacPherson pada bahagian hadapan dan Twist Beam untuk belakang memberikan kestabilan yang lebih mantap buat jentera ini.

Ternyata pemanduan dan pengendalian Fiesta 1.0L EcoBoost ini memberikan kepuasan yang tiada tara.

Mengenai reka bentuk dan imej yang ditonjolkan, ternyata tiada banyak perbezaan berbanding dengan model sebelumnya. Saiz dan lekuk garisan kerangkanya lebih kurang sama. Walau bagaimana pun, ia tetap menampilkan sedikit sudut yang berbeza bila masa penambahan gril krom pada bahagian hadapan yang sedikit besar memberikan imej yang lebih sporty dan tampak agresif. Ada yang beranggapan, gril hadapan ini menyerupai model Aston Martin. Ya, mungkin dengan hanya sekali pandang.

Lampu utama halogen yang sedikit nipis dengan barisan lampu LED pada bahagian bawah bampar memberikan imej yang sedikit berbeza dengan model terdahulu. Daripada sudut pandangan hadapan, Fiesta 1.0L EcoBoost ini kelihatan sedikit besar dan lebar berbanding model sebelumnya.

Ia juga lebih sporty dengan adanya kit badan termasuk padanan skirting di sekelilingnya. Pada bahagian belakang, lampu baharu ditampilkan menyerlahkan lagi impak gayanya. Penghadang angin rekaan baharu juga menambahkan lagi imej agresif pada model ini.

Bagi bahagian kabin, susun atur butang kawalan pada papan pemukanya kelihatan menarik dan kemas. Kekemasan tona hitam berkilat menjadi hiasan pada bahagian papan pemuka dan konsol tengah, memberikan rasa yang elegan. Malah sedap mata memandang.

FiestaEcoboost_19

Antara elemen yang memperlengkapi bahagian kabin ialah sistem kemasukan tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, kawalan suhu automatik, tombol gear dan roda stereng balutan kulit (yang turut dilengkapi dengan butang kawalan audio pada stereng) serta tempat duduk balutan separuh kulit dan fabrik.

Bukan itu sahaja, teknologi Ford SYNC turut melengkapi Fiesta 1.0L EcoBoost ini, di mana pengguna boleh mengaktifkan dan mengawal sistem hiburan dengan hanya menekan satu butang serta menyebut kata kunci tertentu. Bukan itu sahaja, sistem ini juga boleh membantu membaca mesej pada telefon bimbit pintar setelah disambungkan melalui Bluetooth.

Ruang dalamannya termasuk bahagian kargo juga memiliki keluasan yang sederhana dan berpadanan dengan jentera ini. Cuma penulis kurang menggemari kedudukan tempat duduk bahagian belakang yang menegak. Kurang selesa jika melibatkan perjalanan yang jauh.

FiestaEcoboost_23

Untuk aspek keselamatan pula, Fiesta 1.0L EcoBoost ini dilengkapi dengan ABS, EBD, ESP, Bantuan Brek Kecemasan (ERA), Hill Launch Assist, ISOFIX dan tujuh beg udara. Ternyata Ford tidak berkompromi soal keselamatan dengan ‘memuatkan’ pelbagai sistem terkini berkaitannya untuk hatchback ini.

Dengan harga atas jalan (berserta insurans) yang ditawarkan iaitu RM96,551.65 bagi semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak pula RM101,737, ternyata dengan segala elemen yang ada termasuk ciri-ciri pengendalian serta pemanduan yang boleh dikatakan bersifat sempurna, maka hatchback ini memang wajar diletakkan pada senarai pilihan kenderaan jika anda sedang menimbang tara jentera baharu untuk dimiliki.

FiestaEcoboost_49

Ternyata ia sangat sesuai untuk golongan muda amnya, terutamanya bagi mereka yang inginkan sebuah jentera hatchback yang mampu memberikan penjimatan bahan api yang cukup efisien. Tetapi dalam masa yang sama mampu memberikan kepuasan di dalam pemanduan dan pengendaliannya.

Spesifikasi :
Enjin : 1.0L GTDI EcoBoost 3-silinder
Kuasa maksimum : 125 PS @ 6000rpm
Tork maksimum : 170 Nm @ 4500rpm
Transmisi : Automatik PowerShift 6-kelajuan
Saiz tayar : 195/50 R16
Pilihan warna : Panther Black, True Red & Arctic White

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/