Puspakom tawar khidmat pemeriksaan percuma kenderaan sempena Aidilfitri
Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Puspakom telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan percuma kenderaan di seluruh negara bagi kenderaan persendirian bermula 9 hingga 26 Julai ini.
Pemeriksaan percuma ini merangkumi Pengesahan Identiti Kenderaan, Ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Bahagian Atas & Bawah Kenderaan, Brek, Suspensi dan Ketelusan Cermin yang akan dijalankan oleh pegawai pemeriksaan Puspakom bertauliah.
Di mana para pelanggan harus menghubungi mana-mana cawangan Puspakom berdekatan untuk membuat temujanji.
Menurut CEO Puspakom, Mohammed Shukor Ismail, pemeriksaan percuma kenderaan ini adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial (CSR) Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan semasa musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puspakom di talian bebas tol 1-800-88-6927 atau pun layari www.puspakom.com.my.
Jadual pemeriksaan ada seperti berikut :