Peugeot 2008 & 3008 Crossway bakal muncul di Paris Oktober ini
Peugeot baru sahaja mendedahkan dua model jenteranya iaitu 2008 dan 3008 Crossway edisi istimewa yang bakal muncul dengan sedikit perubahan.
Edisi istimewa 2008 Crossway bakal tampil dengan kekemasan Allure dan juga rim aloi berwarna grey matte bersaiz 17 inci. Malah ia juga tampil dengan cermin gelap dan juga logo kompas pada pintu hadapannya.
Lain-lain elemen yang turut ditampilkan termasuklah sistem Kawalan Cengkaman standard, sistem navigasi dan juga tempat duduk dengan material Alcantara berserta jahitan berwarna merah dan lampu LED pada kluster instrumen. Malah ia juga mempunyai elemen pilihan termasuklah warna kerangka metalik dan sistem bantuan parkir.
Ia memiliki beberapa pilihan enjin termasuklah 1.6 liter VTi 120, 1.6 e-HDi 92 dan 1.6 L e-HDi 115. Model ini bakal dijual pada harga permulaan 21,550 EUR di Perancis.
Bagi Peugeot 3008 Crossway pula, ia didatangkan dengan sistem WIP Nav Plus, bantuan parkir belakang dan balutan kulit serta kekemasan Alcantara pada bahagian kabin termasuklah jahitan berwarna tembaga pada tempat perehat lengan dan roda stereng.
Motif kompas turut menghiasi karpet lantai dan door sill pula ditutupi plat aluminium. Pilihan elemen lain untuk model ini ialah kamera belakang, Kawalan Cengkaman dan warna kerangka metalik ataupun hiasan butiran mutiara.
Ia akan dijual pada harha 30,800 EUR, juga di Perancis. Malah pelanggan juga boleh memilih varian enjin seperti 1.6L HDi 115 manual enam kelajuan, 1.6L e-HDi FAP 115 dan 2.0L HDi 150.
Malah kedua-dua model ini bakal dipamerkan pada musim panas ini di Peugeot Adventure Museum yang terletak di Sochaux serta bakal menyertai Paris Motor Show Oktober ini.