Audi produksi model yang ke-6 juta dengan pacuan 4WD Quatro
Audi melakar satu lagi sejarah dalam empayarnya apabila berjaya memprodukksi model ke 6,000,000 dengan sistem pacuan semua roda (4WD) Quattro yang dilaksanakan di kilang miliknya yang terletak di Ingolstadt, Jerman.
Model tersebut, SQ5, yang tampil dengan warna kelabu metalik bakal menemui pemiliknya di Amerika Syarikat.
Untuk rekod, Audi mula memperkenalkan Quattro sejak tahun 1980. Sejak itu, Audi telah menghasilkan 170 model berlainan kategori kenderaan termasuklah untuk rekaan kerangkanya, varian transmisi dan enjin, yang masing-masing dilengkapi dengan sistem Quattro.
Sehingga kini, Quattro masih kekal popular ditampilkan pada hampir 50 peratus kenderaan Audi.
Menurut Dr.Hubert Waltl iaitu salah seorang ahli lembaga produksi Audi, nilai dinamik dan sporty, memberikan kelebihan yang tiada taranya terhadap teknikal dan aspek keselamatannya. Itulah keistimewaan yang ditonjolkan oleh teknologi ini. Malah sejak lebih 30 tahun yang lalu, teknologi ini diiktiraf sinonim dengan perkembangan teknikalnya.