UMW Toyota Motor berkongsi mesej ‘Safety Is Love’
UMW Toyota juga tidak ketinggalan di dalam melancarkan kempen keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran kepada para pengguna jalan raya mengenai perkara berkaitan. Dengan tema ‘Safety Is Love’, secara tidak langsung membuktikan keprihatinan syarikat pembuat kenderaan terkemuka dunia ini di dalam aspek keselamatan jalan raya.
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, atas dasar keprihatinan, kempen keselamatan jalan raya ini dianjurkan oleh pihaknya. Sebagai langkah permulaan, setiap kenderaan Toyota telah dipadankan dengan pelbagai elemen keselamatan yang diyakini. walau bagaimana pun, kemalangan jalan raya masih berlaku yang disebabkan oleh faktor lain termasuk sikap pemandu, keadaan jalan raya dan sebagainya.
Justeru, sudah menjadi tanggungjawab sosial pihak UMW Toyota untuk menganjurkan aktiviti keselamatan jalan raya dan turut bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk menjayakan program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemasangan kain pemidang dengan mesej betapa pentingnya aspek keselamatan jalan raya di setiap cawangan bilik pameran Toyota, secara tidak langsung memberikan peringatan kepada para pelanggan supaya selalu mengutamakan keselamatan dalam pemanduan dan sebagainya. Selain itu, program bual bicara mengenai topik keselamatan jalan raya turut dianjurkan.
Mesej keselamatan jalan raya yang diterapkan di dalam program ini ialah ‘Buckle Up, Stay Safe’dan ‘Watch Your Speed’ untuk suku kedua tahun ini. Manakala tema program pada musim lalu ‘Too Tired to Drive?, Take a Rest!’, diikuti dengan ‘Stay Alert, Arrive Safely’ masih diteruskan.