Nissan Note Nismo bakal muncul tidak lama lagi
Nissan meramalkan bakal mula memasarkan model Note nismo pada musim luruh tidak lama lagi. Ini merupakan model kelima daripada jenama Jepun ini yang menawarkan sentuhan Nismo. Bagi Note Nismo ini, ia bakal didatangkan dengan dua versi iaitu Nismo dan Nismo S. Di mana kedua-duanya dikuasakan oleh enjin petrol dengan dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan.
Walau bagaimana pun, Nissan masih belum mengeluarkan perician lebih lanjut mengenai kedua-dua versi ini.
Tetapi jika mengikut foto yang dipaparkan, versi Nismo ini dipadankan dengan gril hadapan kustom, dengan bampar belakang serta hadapan yang telah diubahsuai, pelindung pemijak tepi dan juga spoiler bumbung serta penutup berwarna merah untuk cermin sisi.
Nissan turut berkata, pasukan Nismo telah menentukan jenis tayar, suspensi dan juga ciri aerodinamik yang bersesuaian untuk dipadankan dengan model Note Nismo ini. Malah model Nismo S turut diubahsuai dengan merendahkan sedikit sistem suspensinya.
Tempat duduk sport juga telah ditampilkan pada model Nismo S sebagai elemen standard, dan pilihan bagi versi Nismo. Manakala tempat duduk Recaro juga turut ditawarkan sebagai pilihan.
Dalam pada masa yang sama, CEO Nismo, Shoichi Miyatani turut berkata, sempena dengan ulang tahun Nismo yang ke-30, Nismo telah merancang untuk memperluaskan model bagi rangkaian Nismo ini. Di mana Note Nismo yang diperkenalkan ini boleh dianggap sebagai simbolik terhadap jenama Nismo yang mewakili antara sukan permotoran dan DNA Nismo sendiri.
Untuk Malaysia, Nissan Note telah pun dipandu uji dan spyshot pernah dirakamkan di Bangsar pada April yang lalu oleh team Paultan.org. Namun sehingga kini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) masih belum memberikan bayangan bilakah model ini bakal dilancarkan di pasaran tempatan. Bila agak-agak ye? Emmm…
3 Comments