Hyundai i30 pamer kuasa dinamik

By  |  0 Comments

i30_ext_04

Hyundai semakin agresif dalam memperkenalkan barisan model kenderaan yang menepati citarasa pasaran masa kini. Malah pasaran Hyundai di Malaysia juga kian cemerlang ekoran penerimaan rakyat negara kita terhadap jenama dari Korea Selatan ini.

Pada Mac lalu, jentera hatchback lima pintu, Hyundai i30, telah pun diperkenalkan di pasaran Malaysia. Ia merupakan model Hyundai yang boleh dikatakan paling ‘terhangat’ di pasaran Eropah dan berjaya terjual hampir 1.5 juta unit di seluruh dunia.

Model segmen-C ni menawarkan dua varian iaitu i30 1.8L Executive dan i30 1.8L Sport. Pertama kali melihat model ini di hadapan mata, cinta pandang pertama tercetus. Hatchback yang tampak sporty dan mantap ini mudah membuai rasa, lantas perasaan tidak sabar untuk memandu ujinya kian menggelodak.

i30_ext_44

Dua minggu sebelum Hari Raya yang lalu, Info Kereta berpeluang memandu uji i30 versi Sport. Di tengah bahang mentari, sesi pandu uji i30 ini tetap diteruskan. Seperti mana hangatnya mentari di siang hari, sehangat itu jugalah kuasa prestasi dan pengendalian jentera hatchback ini.

Generasi terbaharu i30 ini memilih enjin NU 1.8 MPI dengan teknologi Pemasaan Enjin Berjujukan Injap Dinamik (DVVT) sebagai ‘jantungnya’. Ia mampu menjanakan kuasa maksimum 145 PS pada 6,500 rpm dan tork puncak 175 Nm pada 4,700 rpm. Mencukupi buat jentera ini. Kuasanya seakan tidak perlu dipaksa-paksa ketika diinginkan. Itu kelebihan yang ada pada pada jentera buatan Hyundai ini.

i30_ext_01

Biar pun inginkan kelajuan yang tinggi, bila-bila masa sahaja ia mampu melaksanakan arahan anda tanpa tertangguh. Malah muntahan kuasanya tidak segan silu, ia terus memberikan momentum mengikut kawalan pedal pendikit yang dipijak.
Enjin penuh berkuasa ini pastinya tidak akan mampu meledakkan adrenalin jika padanan kotak gear tidak berpadanan.

Untungnya i30 ini kerana gabungan antara enjin berkuasa NU 1.8 MPI DVVT dengan kotak gear automatik enam kelajuan memberikan prestasi yang memuaskan. Tidak perlu dipertikaikan apabila enjin bergabung tenaga dengan kotak gear automatik yang boleh dikatakan cekap ini. Malah transmisi ini turut memberikan penambahan kuasa dinamik serta penjimatan bahan api yang lebih efisien buat jentera hatchback ini.

i30_int_06

Seperti biasa, penulis turut menyenangi mod manual kerana ia seakan memberikan lagi lonjakan kuasa. Walau pun tanpa pedal penukar gear, cuma tolakan pada tuil gear, ia sudah cukup memadai.

Kawalan stereng, pedal brek dan pedal pendikit saling bekerjasama memberikan respons yang cukup baik. Seperti mana barisan model baharu Hyundai yang lain, i30 ini turut dilengkapi dengan Flex Steer iaitu mod stereng berlainan pengendalian. Sama ada Normal, Sport dan Comfort, ketiga-tiga mod ini memberikan ‘rasa’ pengendalian yang berbeza. Penulis mengakui, Flex Steer ini banyak membantu mood pemanduan, malah ia boleh dikendalikan mengikut corak pemanduan dan keadaan jalan.

i30_ext_42

Biar pun bertubuh kecil, namun jentera ini tidaklah terasa ringan untuk dikawal. Apabila melalui jalan berselekoh, pengendaliannya masih terasa sempurna, tidak terasa seperti membuai. Begitu juga ketika merentasi permukaan jalan yang beralun atau tidak rata, rasa ‘melambung’ atau bumpy minima.

Dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Bantuan Brek (BAS), selain ABS, menambahkan lagi daya keselamatan pemanduan i30 ini. Selain itu, i30 turut dilengkapi dengan enam beg udara, yang dirasakan mencukupi untuk jentera sebesar ini.

Dengan falsafah rekaan ‘Fluidic Sculpture’, i30 tampil dengan imej yang progresif, sporty, dinamik dan penuh bertenaga. Ia mampu menambat perhatian mata yang memandang. Malah tidak hairanlah, ia menjadi antara model idaman generasi muda yang inginkan sebuah jentera yang berketerampilan, dalam masa yang sama mempunyai kuasa prestasi yang berpadanan serta keseronokan pengendalian.

Berbanding dengan model terdahulu, i30 baharu ini seakan diberikan suntikan drastik yang menambahkan lagi gaya pada imej luaran dan dalamannya.

Imej luaran yang penuh karekteristik dengan penampilan gril radiator berbentuk haksagon pada bampar hadapan menyerlahkan gaya i30. Ditambah pula dengan padanan lampu utama projektor dan lampu kabus yang memberikan impak sporty pada rekaan hadapannya.

i30_ext_16

Pada sisi kerangka i30, ciri-ciri aerodinamik jelas kelihatan dengan garis lekukan. Padanan cermin sisi dengan puddle lamp, rim aloi bersaiz 17 inci, lampu belakang yang nampak garang dan lampu isyarat berhenti LED yang terletak pada spoiler belakang menambahkan lagi impak tersendiri terhadap rekaan luaran i30.

Bagi rekaan kabin pula, imej kontras dipilih bagi menambahkan lagi keharmonian di dalam ruangannya. Meter kluster TFT Supervision dengan grafik berwarna putih dan biru menambahkan gaya kemodenan i30. Butang-butang kawalan yang terletak kemas pada papan pemuka juga mudah dikendalikan.

i30_int_21

Selain itu, ia turut menampilkan elemen menarik seperti pengesan hujan, roda stereng dengan butang kawalan audio, sistem audio dalaman, sambungan bebas tangan Bluetooth, butang penghidup enjin bersama sistem kunci pintar, sambungan USB dan AUX, dan bumbung panoramik.

Satu lagi bonus yang ditawarkan pada i30 ini ialah ia menampilkan ruang yang lebih selesa dan sedikit luas berbanding dengan model terdahulu. Dengan jarak roda 2,650mm, jarak panjang keseluruhan 4,300mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,470mm, membuatkan i30 mampu memberikan lebihan ruang yang diperlukan. Malah ruang kargonya mampu menampung kapasiti sehingga 378 liter dan meningkat ke 1,316 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

i30_int_25

Menawarkan tujuh pilihan warna menarik iaitu Black Bean, Brilliant Red, Coffee Bean, Creamy White, Dazzling Blue, Hyper Silver dan Sleek Silver, i30 1.8L Sport yang dilengkapi dengan kit badan dijual pada harga RM129,252 (tanpa insurans) seunit.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000km (mana yang terlebih dahulu). Manakala waranti lanjutan pula bergantung pada pihak pengeluar. Malah perkhidmatan bantuan 24 jam juga turut boleh dinikmati oleh semua kenderaan jenama ini, tertakluk pada panel insurans Hyundai sendiri.

Spesifikasi :
Enjin : NU 1.8 MPI
Kuasa maksimum : 150 PS @ 6,500rpm
Tork maksimum : 178 Nm @ 4,700 rpm
Transmisi : Automatik 6-kelajuan
Sistem suspensi : MacPherson Strut (hadapan)/Coupled Torsion Beam Axle (belakang)
Kapasiti tangki bahan api : 50 liter
Harga : RM129,252 (tanpa insurans)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/