Mitsubishi tawar pembelian menakjubkan sempena Merdeka
Berita baik untuk anda yang bercadang mahu membeli model-model terhebat keluaran Mitsubishi. Sempena dengan sambutan kemerdekaan pada tahun ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memulakan kempen ‘Tawaran Merdeka Mitsubishi’. Di mana kempen ini telah menawarkan pakej pembelian menarik kepada para pelanggan yang membeli model Mitsubishi terpilih dan tawaran ini efektif sehingga 30 September 2014.
Sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan yang memilih model SUV ASX bakal menerima rebat tunai sehingga RM2,000. ASX dijual pada harga RM114,743.50 untuk varian 2WD dan RM128,879.50 bagi 4WD. Dijanakan oleh enjin 2.0 liter MIVEC, ia hadir dengan kuasa maksimum 150PS dan tork 197Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi INVEC-III CVT berserta mod Sport yang mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien.
Bagi pelanggan yang memilih Pajero Sport (tahun buatan 2013), bakal menerima rebat tunai sehingga RM9,000 (bergantung pada varian sedia ada). Pajero Sport GL ditawarkan pada harga RM151,277.60 dan Pajero Sport VGT pula berharga RM172,211.60
Manakala untuk pelanggan yang memilih Triton VGT GS (tahun buatan 2014) pula bakal menerima rebat tunai sehingga RM5,000. Triton VGT GS ditawarkan pada harga RM107,809.60.
Pajero Sport VGT dan Triton VGT GS dipadankan dengan enjin diesel 2.5 liter common-rail yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 178PS dan tork 350N. Dengan adanya Variable Geometry Turbo (VGT), ia mampu menghasilkan kuasa yang lebih cemerlang dan dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien.
Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih 80,000 unit kenderaan di Malaysia. Ini termasuklah model Mirage, Attrage, Lancer GTE sedan, i-MiEV selain ASX, Triton dan Pajero.
Malah MMM juga sudah membuka 57 buah bilik pameran dengan 43 daripadanya adalah pusat 3S dan 47 buah pusat penyelenggaraan di seluruh Malaysia.