Perodua tamatkan pakej servis percuma 3 tahun bermula akhir Ogos ini
By 0 Comments
|
Berkuatkuasa akhir Ogos ini, Perodua akan menamatkan pakej servis percuma tiga tahun untuk semua modelnya seperti Myvi, Viva dan Alza.
Mula diperkenalkan sejak Mac 2013, pakej servis percuma tiga tahun ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Perodua yang ke-20, juga dengan pengenalan Perodua S-Series.
Menurut Presiden merangkap CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, mana-mana pelanggan Perodua yang mendaftar kenderaan mereka sebelum akhir Ogos ini masih layak untuk menikmati pakej servis percuma tiga tahun tersebut.
Beliau turut menambah, Perodua sedang mengkaji tawaran yang lebih berbaloi untuk dikongsikan bersama para pelanggan dan ia akan diumumkan secara lanjutnya kelak.