Isuzu MU-X terjah pasaran Indonesia
Untungnya pasaran automotif Indonesia kerana lebih banyak membawa masuk model-model kenderaan luar, tidak seperti Malaysia. Mengikut rapat deras perkembangan automotif seperti di Thailand, Indonesia telah melancarkan ‘Raja Diesel’ daripada segmen SUV tujuh penumpang iaitu Isuzu MU-X. Pelancarannya telah pun berlangsung semalam di Hotel Kompinsky, Jakarta.
Bersedia bersaing dengan model seangkatannya dengannya seperti Toyota Fortuner dan Pajero Sport, Isuzu MU-X baharu ini kelihatan lebih macho dengan sisi yang penuh maskulin. Malah aura maskulinnya lebih terserlah melalui penampilan lampu utama projektor yang tampak lebih agresif.
Dijanakan oleh enjin 2.5 liter turbo diesel, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 136hp pada tahap 3,600rpm dan tork puncak 320Nm. Berkemampuan dalam meredah laluan off-road, jentera ini juga dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Kelajuan dan dua beg udara sebagai elemen keselamatan standard.
Isuzu MU-X yang dibawa masuk dari Thailand oleh pengedar rasminya PT Isuzu Astra Motor Indonesia (IAMI) ini ditawarkan pada harga atas jalan bermula Rp425 juta (bersamaan RM115,004).