Nissan tawar promosi hebat sempena Merdeka
Sempena dengan sambutan hari Kemerdekaan yang ke-57, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menawarkan promosi menarik bagi model Nissan yang terpilih. Kempen Merdeka ini sedang berlangsung sehingga 30 September ini, menawarkan model jualan paling laris Nissan seperti Navara, Grand Livina, Almera dan Serena S-Hybrid, dengan beberapa tawaran hebat bernilai lebih RM6,000.
Untuk yang sedang ‘mengintai-intai’ model Serena S-Hybrid, jika menempahnya sekarang, melayakkan anda menerima sistem navigator percuma. Diimport sepenuhnya dari Jepun, Serena S-Hybrid ditampilkan dengan bampar dan gril hadapan yang unik, rim aloi bersaiz 16 inci bersama suspensi sport dan juga kekemasan dalaman berwarna gelap. MPV bersaiz sederhana ini juga menawarkan penggunaan bahan api yang efisien.
Bagi yang berminat dengan paras rupa yang sporty dengan pemanduan yang lebih berdinamik, Nissan turut menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk Impul Aerokit bagi model Grand Livina atau Nismo Aerokit untuk model sedan, Almera.
Tidak ketinggalan juga model pikap Navara yang turut ditawarkan dengan rebat bayaran pendahuluan dan perjanjian tukar-beli (trade-in) yang menarik . Dengan rekaan baharu yang lebih agresif dan impresif, model ini juga antara trak pikap yang terlaris di pasaran Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan berhampiran seluruh negara atau layari www.nissan.com.my.