Hyundai i40 memenuhi permintaan pasaran – Dengan harga bermula RM159,888 untuk Sedan & RM178,888 Tourer

By  |  0 Comments

IMG_8389

Sejak kebelakangan ini, Hyundai semakin aktif memperkenalkan barisan model terbaharu, bagi mengekori rapat jenama lain terutamanya dari Jepun. Selepas Hyundai Santa Fe, kini tiba pula giliran Hyundai i40 Sedan dan i40 Tourer untuk dilancarkan di pasaran Malaysia. i40 merupakan pesaing bagi segmen-D di mana saiz kerangkanya lebih kurang sama seperti Hyundai Sonata.

i40 merupakan model pertama Hyundai di Malaysia yang dipadankan dengan enjin Nu 2 liter GDI (Pancitan Terus Gasolin). Enjin berkapasiti 1,999 cc ini mampu menghamburkan kuasa maksimum 178PS dan daya tork 214Nm. Ia hampir menyamai kuasa yang diledakkan oleh sesetengah enjin 2.4 liter di pasaran.

Model ini juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang mana turut membantu meledakkan lagi kuasa tork, mempertingkatkan daya pengendalian yang lebih optimum, menambahkan penjimatan bahan api, mengurangkan pemancaran karbon dioksida dan memberikan tahap NVH (Noise Vibration Harshness) yang lebih baik.

IMG_8383

Walau pun direka untuk Eropah, i40 masih mengikut terma rekaan yang diilhamkan oleh Hyundai sendiri iaitu Fluidic Sculpture dan ia sangat bersesuaian dengan barisan modelnya. Jelas kelihatan i40 menerima sentuhan imej 3S iaitu Sporty, Stylish dan Sofistikated. Kedua-dua varian menerima lampu utama High Intensity Discharged (HID) untuk memberikan tahap keselamatan yang lebih baik berbanding lampu utama konvensional. Gril radiator bersegi enam (hexagonal) pada bampar hadapan menambahkan lagi ketampanan model ini. Lain-lain nilai tambah bagi varian Sedan dan Tourer ini ialah turut menampilkan lampu kabus, kombinasi LED pada lampu di bahagian belakang, lampu pencahayaan siang (DRL) LED dan rim aloi bersaiz 17 inci.

IMG_8381

Imej 3S turut menyelinap di dalam kabin i40, pandangan mata pasti tertancap pada rekaan pada papan pemuka yang tampil elegan. Semua butang kawalan terletak di tempat yang bersesuaian dan mudah dicapai. Meter kluster dengan paparan LCD TFT juga berfungsi menyalurkan maklumat yang diperlukankan sepanjang pemanduan.

Antara elemen lain yang turut tampil ialah sistem navigasi yang dilengkapi dengan audio video berserta dengan skrin LCD, skrin hiburan untuk tempat duduk di belakang (hanya untuk varian Tourer sahaja), alat bebas tangan Bluetooth, butang penghidup enjin, bumbung panoramik, pedal pemboleh ubah gear, dan brek parkir elektrik.

IMG_8384

Malah tempat duduk yang dibaluti material kulit berkualiti tinggi turut menambahkan lagi keserian pada i40 ini. Tempat duduk pemandu dan penumpang di hadapan juga boleh dilaraskan dengan 10 cara mengikut keselesaan. Untuk menambahkan lagi versatilitinya, tempat duduk penumpang di belakang i40 Tourer boleh dilipatkan bagi memberikan lebih ruang pada bahagian kargo sehingga mencecah 1,719 liter. Manakala bagi Sedan pula, ruang kargonya lebih kecil iaitu hanya 503 liter sahaja.

Pembeli masa kini sangat peka dengan pemilihan sesebuah kereta, bukan setakat menilainya daripada reka bentuk dan prestasi pemanduan semata-mata. Sebaliknya turut mementingkan teknologi keselamatan yang diterapkan di dalamnya. Atas alasan itulah Hyundai sangat mementingkan keperluan dan kehendak semasa. Menerapkan teknologi keselamatan terkini di dalam i40 seperti Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Bantuan Mendaki Bukit (HAS), Bantuan Brek (BA), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VHM) dan Isyarat Pemberhentian Kecemasan ternyata bertepatan dengan keperluan semasa. I40 juga dilengkapi dengan sembilan beg udara dan turut menerima pengiktirafan lima bintang daripada NCAP dan menjadikan ia antara kenderaan di bawah segmen-D yang paling selamat.

Didatangkan dengan empat warna pilihan yang menarik iaitu Phantom Black, Sleek Silver, Titanium Silver dan White Crystal. I40 versi sedan dijual bermula pada harga atas jalan RM159,888 dan ia juga mempunyai pilihan untuk menaiktarafnya dengan hanya RM4,000 untuk mendapatkan sistem navigasi audio video dan skrin hiburan video untuk tempat duduk belakang. Sementara itu, bagi versi Tourer pula berharga RM178,888. Harga yang dinyatakan ini dilengkapi dengan insurans dan cukai jalan serta tertakluk untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Spesifikasi :
Enjin : Nu 2.0 GDI
Transmisi : Automatik 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 178PS @ 6,500rpm (Sedan) & 177PS @ 6,500rpm (Tourer)
Tork maksimum : 214Nm @ 4,700rpm (Sedan) & 213Nm @ 4,700rpm (Tourer)
Sistem suspensi : McPherson Strut (hadapan) & Multi-link Type (belakang)
Sistem brek : Ventilated Disc (hadapan) & Solid Disc (belakang)
Tayar : 215/50 R17
Kapasiti tangki bahan api : 70 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ pkv games dominoqq bandarqq parlay https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://crrc.md/wp-includes/js/bandarqq/ https://crrc.md/wp-includes/js/dominoqq/ https://crrc.md/wp-includes/js/pkvgames/ http://nihonreiki.co.jp/wp-includes/js/qq/ https://nihonreiki.co.jp/wp-includes/themes/bandarqq/ https://www.novobrew.com/wp-includes/js/parlay/ https://www.novobrew.com/wp-includes/77rabbit/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/