DBKL tawar diskaun khas saman sehingga 31 Disember ini
Anda mempunyai kompaun saman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan masih belum melunaskannya? Hah! Inilah masanya untuk anda melunaskan kompaun yang ada kerana pihak DBKL telah mengumumkan pemberian diskaun khas yang telah bermula sekarang dan bakal berakhir pada 31 Disember ini.
DBKL berkata, jika masih gagal mmelunaskan pembayaran kompaun, bermula pada tahun 2015, pesalah trafik ini bakal disenarai hitamkan. Setakat ini seramai 2,800 pemilik kenderaan telah disenarai hitamkan daripada memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan juga penukaran hak milik kenderaan.
Untuk mengelakkan kesukaran pada masa yang akan datang, DBKL telah menawarkan diskaun khas bagi pemilik kenderaan melunaskan saman yang diperoleh. Pembayaran ini boleh dilakukan di kaunter pejabat pos seluruh negara dan secara dalam talian menerusi MyEG.