Kia K4 hanya untuk China!
Jika di Auto China 2014 yang berlangsung awal tahun ini, model konsep Kia K4 telah dipertontonkan di khalayak umum, sempena dengan Chengdu Motor Show yang sedang berlangsung, model produksinya pula dipamerkan.
Menurut Kia, model ini bakal diproduksi di Dongfeng-Yueda-Kia dan eksklusif untuk pasaran China sahaja. Mempunyai rekaan persis Hyundai Mistra, ia berukuran 4.72m panjang, 1815mm lebar, 1465mm tinggi dan 2.7m jarak roda.
Bakal hadir dengan dua varian enjin iaitu 1.8L yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 146hp dan tork 175Nm serta satu lagi varian iaitu 2.0L pula berkeupayaan menjana kuasa 162hp dan 194Nm. Kedua-dua varian enjin ini bakal dipadu tenaga dengan transimi automatik enam-kelajuan.
Malah difahamkan, Kia juga akan menampilkan satu lagi varian enjin iaitu 1.6L GDI turbo dengan kuasa 175PS tidak lama lagi dan ia akan dipadankan dengan kotak klac-berkembar tujuh-kelajuan.
Pada ruang kabinnya, kelihatan corong penghawa dingin terletak di bahagian tengah papan pemuka, bergandingan dengan skrin bersaiz besar dan juga slot bagi CD. Seperti mana imej tipikal Kia, roda stereng tiga-jejari turut menjadi pilihan.
Kia K4 ini bakal dijual pada harga bermula 140,000 yuan (RM72,235.85) hingga 180,000 yuan (RM92,874.66).