SsangYong bersedia dedahkan model konsep XIV-Air & XIV-Adventure di Paris Motor Show
SsangYong juga tidak mahu ketinggalan untuk menayangkan model konsepnya yang dipanggil XIV-Air and XIV-Adventure di Paris Motor Show pada 2 Oktober ini. “XIV” bermaksud “eXciting user-Interface Vehicle” dan merupakan dua model crossover ini memiliki konsep yang lebih kurang dengan model yang pernah diperkenalkan oleh SsangYong beberapa tahun yang lalu, antaranya XLV yang ditayang di Geneva pada Mac lepas.
XIV-Air and XIV-Adventure memiliki saiz berukuran 4195mm panjang dan jarak roda 2600mm. Ia bakal dijanakan oleh enjin petrol 1.6 liter atau diesel 1.6 liter, dan kedua-duanya menepati standard emisi Euro 6. Buat setakat ini perician mengenainya belum diketahui lebih lanjut.
SsangYong turut mengesahkan lagi satu model yang bakal dijual di pasaran pada tahun hadapan iaitu X100 dan dikatakan akan disertakan dengan pakej yang ranggi dan mungkin memiliki persamaan dengan model konsep XIV-Adventure.