Ferrari lakukan anjakan paradigma drastik
Kurang 48 jam selepas Pengerusi Ferarri, Luca di Montezemolo, mengumumkan peletakan jawatannya, Ferrari terus melakukan perancangan yang boleh dianggap sebagai drastik bagi memacu jenama ini supaya lebih gemilang. Bakal pengerusi baharunya, Sergio Marchionne telah mengumumkan untuk melakukan anjakan paradigma bagi produksi Ferrari.
Menurut Marchionne, Ferrari akan mula memproduksi lebih banyak model memandangkan segmen bagi kenderaan mewah ini semakin berkembang. Katanya lagi, sekiranya ferrari tidak meningkatkan produksi, senarai menunggu akan menjadi lebih lama dan panjang. Ini akan membuatkan para pelanggan penat untuk menantikan model yang ditempah.
Berbanding dengan semasa zaman ‘pemerintahan’ di Montezemolo yang pernah mensasarkan sebanyak 7,000 unit pengeluaran setahun. Malah dalam kenyataannya seperti yang disiarkan InfoKereta.com semalam, di Montezemolo turut mengatakan ini mungkin berakhirnya zaman kegemilangan Ferrari. Di mana Ferrari akan menjadi lebih ke’Amerika’an.
Apakah nasih Ferrari ‘di tangan’ Marchionne akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang? Atau pun mungkin juga firasat di Montezemolo tepat? Nantikan perkembangan dan nasib jenama mewah terkenal ini…