Pemenang Siri-2 Peugeot Drive 2 Win diumumkan
Selepas mengumumkan pemenang bagi Siri-1 Peugeot Drive 2 Win awal September baru-baru ini, kini giliran pemenang Siri-2 pula diumumkan.
Muthu Kumaran yang memandu uji Peugeot 2008 telah berjaya dipilih menjadi pemenang pertama dengan membawa pulang Samsung Galaxy Note 12.2.
Manakala bagi pemilik 3008 sejak tiga tahun yang lalu, Lim Cheah Yuan pula di tempat kedua dengan memenangi Samsung Galaxy S5. Malah dia juga sedang mempertimbangkan untuk memiliki model baharu 3008 yang dikatakan lebih bergaya, kompak dan berkuasa.
Pemenang tempat ketiga pula, Kamal Hammad menerima baucer membeli-belah bernilai RM500 selepas menyertai pertandingan ini dengan memandu uji model 408.
Ketiga-tiga pemenang ini juga berpeluang merebut hadiah utama iaitu Peugeot RCZ bernilai RM248,888 dan bakal berentap dengan para pemenang bagi siri lain.
Peraduan ini telah dibahagikan pada enam siri, di mana setiap siri berlangsung selama dua minggu. Tiga pemenang dicari bagi setiap siri dengan jumlah keseluruhan bagi semua siri ialah 16 pemenang.
Pemenang bagi setiap siri bakal membawa pulang gajet terbaharu seperti Sony Xperia Z2, Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note 12.2, Macbook Air dan baucer membeli-belah bernilai RM500.
‘Drive 2 Win’ telah berlangsung bermula 15 Ogos dan bakal berakhir pada 31 Oktober 2014 ini.