Renault Espace… dari MPV ke Crossover
By 0 Comments
|
Sebelum memasuki pentas Paris Motor Show 2014 yang bakal membuka tirainya pada 2 Oktober ini, Renault telah mendedahkan foto model Espace yang turut bakal dipertontonkan kelak.
Namun Renault telah membuat keputusan untuk meletakkan Espace ini di bawah segmen Crossover, berbanding empat generasi sebelumnya yang lebih kepada MPV.
Bagi versi produksi ini, ia lebih kurang menyamai model konsep Initiale Paris yang pernah dipertontonkan di Frankfurt Motor Show pada tahun lalu.
Buat masa ini, periciannya masih belum didedahkan namun menurut Renault, Espace ini bakal ditawarkan bagi versi lima dan tujuh tempat duduk. Malah Espace ini bakal menggunakan platform baharu CFM1 dan ia dijangka dipadankan dengan enjin pengecas turbo empat-silinder.