VIDEO : Proton Iriz sarat dengan elemen keselamatan terkini
Mungkin ada di antara anda yang sangsi dengan kebolehan Proton di dalam menghasilkan Proton Iriz yang dikatakan sebagai model terbaiknya buat masa ini. Video yang dikongsikan ini mungkin mampu mengubah pesepsi anda terhadap usaha keras yang dilakukan oleh Proton di dalam menghasilkan model kenderaan berkualiti tinggi, setanding dengan model buatan luar, tetapi pada harga yang jauh lebih rendah.
Lihat saja bagaina ujian demi ujian yang dilakukan oleh pasukan Proton untuk memastikan model ini mampu merentasi pelbagai corak jalan dan juga cuaca termasuk salji. Mungkin ada yang mempertikaikan, kenapa perlu diuji dalam keadaan musim sejuk dan bersalji? Sedangkan Malaysia tidak mengalami musim sebegitu.
Ini jawapan Proton, Iriz ada dalam perancangan untuk dipasarkan di negara luar. Jadi, pelbagai ujian pemanduan perlu dilakukan bagi menepati standard piawaian dari negara berkenaan sebelum berjaya menembusi pasaran sana.
Video ini turut memaparkan fungsi Kawalan Kestabilan Kenderaan (ESC) yang turut ditampilkan pada semua varian Proton Iriz. Dengan harga di bawah RM70k, Iriz dilengkapi dengan pelbagai elemen keselamatan yang sangat penting dan diperlukan pada masa kini. Apa lagi yang tidak berbaloi memiliki Iriz?
Di bawah ini pula, InfoKereta.com juga mahu berkongsi video yang dirakamkan oleh Team Paultan.org. Lihat ulasan lebih terperinci dari Hafriz Shah dan Gregory Sze berkenaan dengan baby terbaharu Proton ini.
Untuk mengetahui ulasan ringkas mengenai pandu uji Iriz pula, sila KLIK DI SINI.
1 Comment