JPJ sedia beri peluang kepada UBER jika mendaftar secara sah
Semalam menerusi laman media sosial FB, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjelaskan tentang mengapa perkhidmatan UBER ini terpaksa ditamatkan. Biar pun menerima pelbagai kritikan dari orang ramai yang ternyata berpuas hati dengan perkhidmatan UBER ini, namun pihak JPJ bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi bagi memburu mana-mana pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.
Menurut JPJ, UBER yang tidak pernah didaftarkan ini mampu mengundang risiko kepada penumpang sekiranya terlibat dengan kemalangan atau perkara yang tidak diingini semasa menggunakan perkhidmatan ini. Ia disebabkan para penumpang tidak dilindungi insurans yang sepatutnya disediakan oleh syarikat pengangkutan awam termasuklah UBER.
Malah UBER juga tidak pernah memohon permit pengangkutan awam dan lesen perkhidmatan awam yang diperlukan bagi bagi menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam.
Walau bagaimana pun, pihak JPJ bersedia mempertimbangkan semula perkhidmatan ini seandainya UBER membuat pemohonan dan mengatakan keinginan sebagai penyedia perkhidmatan sebegini di Malaysia. Sehingga kini, pihak UBER terbabit tidak pernah tampil untuk membuat sebarang pemohonan secara sah dan rasmi.
Berikut merupakan kenyataan rasmi dari pihak JPJ :