Peraturan baharu penggunaan cermin gelap berkuatkuasa mulai 1 November ini – JPJ
Setelah beberapa bulan isu ini agak tenggelam timbul, akhirnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun ada keputusan mengenai peraturan penggunaan cermin gelap ini.
Di mana JPJ akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.
Laporan dari Berita Harian itu mengatakan, peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus, sisi pemandu 50 peratus dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.
Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa. Di mana peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.
Pengecualian hanya diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri. Ia juga termasuk dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya.
Pada awal Jun yang lalu, bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan telah dianjurkan bagi mengusulkan cadangan kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus dari 50 peratus sebelum ini.
Namun penguatkuasaan akan beri toleransi atau kelonggaran lima peratus lagi mengambil kira ketidaktepatan alat pengukur ketelusan cahaya. Menjadikan ia sebanyak 25 peratus untuk VLT cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang
1 Comment