Minta kerajaan mempertimbangkan cadangan rasionalisasi minyak RM1.80 seliter & kuota 120 liter sebulan – Perkasa
Kerajaan disaran meneliti dan memperhalusi skim ‘diskaun’ yang diperkenal Icash Global Rewards dalam kaedah pemberian subsidi minyak.
Memetik laporan yang disiarkan oleh Astro Awani, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kaedah yang diperkenalkan itu lebih kepada memberi subsidi untuk kumpulan sasar yang amat memerlukan bantuan, dan tidak kepada semua seperti sekarang.
Di mana syarikat tersebut yang telah memperkenalkan Icash Global Rewards iaitu program inovasi bagi kaedah penstrukturan program subsidi minyak negara yang selama ini dicari-cari.
Menurut Ibrahim lagi, sistem ini menawarkan cadangan pembelian minyak RM1.80 seliter untuk kuota 30 liter seminggu atau 120 liter sebulan. Manakala pembelian yang melebihi kuota akan dikenakan harga RM2.10 seperti yang dicadangkan.
Perkasa turut mengusulkan bagi pemilik kenderaan yang berkemampuan, mereka dicadangkan membeli minyak RON95 dengan harga tanpa subsidi iaitu RM2.86. Manakala bagi kenderaan bukan milik warganegara, mereka dicadangkan harga yang berpatutan tetapi masih rendah daripada harga jualan di negara masing-masing.
Dalam masa yang sama, implementasi ini dapat mengurangkan harga minyak diesel bagi kenderaan logistik, sekali gys membantu menurunkan harga barang dan keperluan harian lain.
Katanya lagi, kaedah yang diperkenalkan itu membolehkan kerajaan mendapat penjimatan RM9.85 bilion setahun, sekali gus menghapuskan ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan bahan bersubsidi. Malah kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana iCash akan menanggung semua kos, termasuk mengeluarkan kad 1Malaysia.