Renault Espace baharu curi perhatian di Paris Motor Show 2014
Laporan ini dibawakan oleh wakil Paultan.org, Danny Tan, yang kini berada di Paris dan sedang bertungkus-lumus membuat liputan Paris Motor Show 2014.
Seminggu yang lalu, Renault telah mendedahkan model serba baharu Espace bertukar segmentasi, daripada MPV ke crossover. Di mana Espace generasi ke-lima ini diberikan suntikan yang lebih drastik dengan menampilkan ciri-ciri crossover yang ketara.
Ia masih mengadaptasikan sentuhan berkaca namun lebih terhad berbanding model sebelum ini. Malah penampilannya juga nampak lebih matang dan segar. Renault berkata, penampilan baharu Espace ini masih mengekalkan pencahayaan semula jadi seperti mana model terdahulu.
Espace bakal tampil dengan lima dan tujuh ruang tempat duduk serta ia boleh dilipat secara nisbah 50:50. Kalau mengikut foto yang dirakamkan ini, terdapat sistem skrin sesentuh berwarna pada bahagian tengah papan pemuka, serta tombol iDrive-style di antara tombol gear dengan brek parkir elektrik.