Honda HR-V versi Euro tampil dengan enjin 1.5L i-VTEC petrol & 1.6L i-DTEC diesel
Selain CR-V, Honda juga telah ‘melahirkan’ model HR-V versi Euro untuk pasaran negara berkenaan. Ia juga dipertontonkan di Paris Motor Show 2014.
Ia dijanakan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter i-VTEC petrol dan 1.6 liter i-DTEC diesel. Kedua-duanya yang turut tampil dengan teknologi Earth Dream ciptaan Honda, juga dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Manala varian 1.5 liter i-VTEC petrol mempunyai satu lagi pilihan transmisi iaitu CVT “semi-automatic”.
Tidak banyak periciannya dibongkarkan, namun kemungkinan besar enjin petrolnya mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 131 PS dan tork 155 Nm seperti mana model Vezel iaitu HR-V versi Jepun. Manakala enjin petrol pula mungkin boleh menghasilkan kuasa sehingga 160 PS dan tork 350 Nm.
Jika dilihat menerusi foto model prototaip ini ia kelihatan lebih kurang sama dengan model Vezel, kecuali gril hadapannya yang telah diperkemaskan dengan jaluran krom serta rekaan rim aloi yang lebih menarik.
Honda juga telah mengesahkan model HR-V versi Euro ini turut bakal ditampilkan dengan tempat duduk ultra seperti mana yang ditampilkan pada Jazz.
Model prototaip Honda HR-V versi Euro
Honda HR-V versi Indonesia