Ferrari 458 Speciale A memburu perhatian di Paris Motor Show 2014
Ferrari 458 Speciale A merupakan jentera terbaharu dalam keluarga Spider ini telah pun berjaya memburu perhatian di Paris Motor Show 2014. Abjad “A” yang ada pada namanya ini membawa maksud “Aperta” dan jentera ini dikatakan antara yang paling berkuasa dengan enjin V8.
Ia dijanakan oleh enjin V8 dan mampu meledakkan kuasa maksimum sehingga 605 cv dan tork 540 Nm pada 6,000 rpm. Ia hanya mengambil masa selama 3.0 saat untuk dipacukan daripada titik sifar sehingga 100km/j, serta dikatakan memiliki pelepasan karbon dioksida paling rendah iaitu 275g untuk setiap km.
Jentera ini turut ditampilkan dengan rim aloi lima-jejari Grigio Corsa yang ringan untuk menambahkan lagi kuasa dinamiknya.
Manakala bagi bahagian kabin, ia banyak menerima sentuhab gentian karbon termasuk pada papan pemuka, pemegang pintu dan konsol tengahnya. Tempat duduk rekaan baharu yang menampilkan material Alcantara upholstery serta jahitan warna kontras dengan fabrik teknikal 3D turut membuatkan jentera ini nampak berbeza berbanding ahli keluarganya yang lain.