Ford Mondeo versi Euro lebih elegan
Pelbagai model baharu yang bakal dibawa masuk ke pasaran Eropah dipertontonkan di Paris Motor Show 2014. Ini termasuklah model Ford Mondeo 2015 yang bakal dipasarkan di United Kingdom pada akhir tahun ini dan dijual dengan harga bermula £20,795.
Model sedan bersaiz sederhana ini bakal menawarkan dengan enjin seperti 1.5L dan 2.0L EcoBoost pengecas turbo, serta 1.6L dan 2.0L diesel. Malah awal tahun hadapan juga, ia akan tampil dengan satu lagi varian enjin iaitu 1.0L tiga-silinder EcoBoost.
Lebih menarik lagi apabila model Mondeo ini juga akan muncul dengan versi hibrid yang menggunakan enjin 2.0L yang bekerjasama dengan motor elektrik serta pek bateri lithium-ion 1.4 kWh.
Manakala bagi kerangkanya, ia akan tampil dengan versi hatchback lima-pintu, sedan empat-pintu dan wagon.
Ford Modeo ini juga akan didatangkan dengan sistem sambungan Ford SYNC 2 dengan skrin paparan sesentuh bersaiz lapan-indi dengan sokongan kawalan suara. Ia juga akan tampil dengan teknologi MyKey yang membolehkan pengguna untuk memprogramkan kunci.
Bagi imej luarannya, ia dimantapkan lagi dengan kehadiran lampu utama adaptif LED. Ia juga telah dipertingkatkan dengan elemen kemudahan pemanduan dengan adanya Bantuan Parkir Aktif.