BAJET 2015 : Lebih banyak lebuh raya bakal dibina
Seperti mana janji yang pernah dibuat sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut mengumumkan bakal membina lebih banyak projek infrastruktur dibina pada tahun 2015.
Projek Infrastrustur yang diumumkan ialah :
-Membina Lebuh Raya Sungai Besi ke Ulu Klang sepanjang 59 km dengan kos pembinaan bernilai RM5.3 bilion.
-Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 km dengan kos pembinaan bernilai RM5 bilion.
-Membina Lebuh Raya Damansara ke Shah Alam sepanjang 47 km dengan kos pembinaan bernilai RM4.2 bilion.
-Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur ke Hubungan Pantai Timur sepanjang 36 km dengan kos pembinaan bernilai RM1.6 bilion.
-Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 km dari Selayang ke Putrajaya dengan kos pembinaan RM23 bilion.
-Projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang dengan kos anggaran RM9 bilion.
Sebagaimana Projek Lebuh Raya Utara-Selatan telah mentransformasikan pembangunan dari Perlis ke Johor, kerajaan juga akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km. Ia bakal melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan jajaran Sabah sepanjang 727 km dengan kos pembinaan sebanyak RM27 bilion.
Diharapkan pembinaan lebuh raya yang diumumkan ini dapat mengurangkan lagi kesesakan di lebuh raya utama terutamanya di Lebuh Raya Utara-Selatan dan memberikan pelbagai alternatif jalan buat pengguna lebuh raya.
Bukan itu sahaja, peningkatan kemudahan awam termasuk MRT dan LRT juga dilihat sebagai alternatif yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam.