Mitsubishi Mirage terima pengiktirafan 4 bintang daripada ASEAN NCAP
By 0 Comments
|
Mitsubishi Mirage telah diumumkan menerima pengiktirafan empat bintang di ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2014 yang berlangsung di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Mirage telah tersenarai antara pilihan teratas bagi ujian pelanggaran.
Menurut Presiden Mitsubishi Motors (Thailand) Co., Ltd., Masahiko Ueki, Mirage yang menerima markah tertinggi untuk Pelindungan Penumpang Dewasa bagi kategori mereta mini setelah diuji oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Ia telah menerima 13.07 daripada 16.00 markah dan membolehkannnya menerima pengiktirafan empat bintang.
Pengiktirafan ini merupakan bukti standard keselamatan yang tinggi bagi semua kenderaan Mitsubishi di Thailand dan pasaran eksportnya.