Nissan Note Nismo & Nismo S gegar pasaran Jepun
Nissan telah pun memperkenalkan model Note Nismo dan Nismo S untuk pasaran negara kelahirannya terlebih dahulu iaitu Jepun. Ditampilkan dengan imej yang lebih agresif dengan pilihan warna kerangka kelabu, hitam perak dan putih dengan kekemasan merah, model ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16 inci untuk Nismo dan 17 inci bagi Nismo S.
Malah dengan transformasi yang lebih agresif termasuk hiasan luaran yang lebih bergaya terutamanya dengankehadiran gril rekaan baharu, bampar hadapan dan belakang yang tampak lebih garang, skirt sisi yang sporty dan spoiler belakang yang lebih besar.
Kedua-dua model ini juga ditampilkan dengan antera sirip jerung, suspensi sport yang lebih tegar dan lampu pencahayaan siang LED. Manakala model Nismo S mempunyai pertambahan elemen seperti pedal aluminimum, meter kluster yang lebih sporty, material balutan kulit lembut upholstery dan tombol gear yang ditempah khas.
Nissan Note Nismo dijanakan oleh enjin standard 1.2 liter supercharged yang dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT yang mampu menghasilkan kuasa 98 PS pada 5,600 rpm dan 142 Nm pada 4,400 rpm.
Manakala Note Nismo pula memilih enjin 1.6 liter sebagai penjana kuasa yang mampu memberikan 138 hp pada 6,400 rpm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan. Bukan itu sahaja, Note Nismo S juga ditampilkan dengan sistem ekzos yang lebih sporty, hos vakum (intake manifold) yang mempunyai aliran lebih tinggi dan cakera brek untuk semua tayar.
Nissan Note Nismo ini telah pun dijual di Jepun dengan harga bermula 1.95 juta yen (RM59,400) bagi model standard, dan varian Nismo S pula 2.2 juta yen (RM68,300).
1 Comment