Perodua Axia sudah mencecah 39,000 unit tempahan
By 0 Comments
|
Adakah Perodua bakal meneruskan kecemerlangannya mendominasi pasaran tempatan bagi kenderaan kompak dan mampu milik? Ya, mungkin…terutamanya dengan perkembangan tempahan model terbaharunya, Axia, yang kini sudah pun mencecah 39,000 unit sejak dilancarkan pada 15 September lalu.
Menurut Ketua Pengawai Operasi (COO) Perodua, Zahari Husin, ini merupakan satu lagi pencapaian rekod yang membanggakan berbanding Myvi selepas menerima tempahan antara 17,000 hingga 18,000 unit selepas ia dilancarkan.
Malah beliau juga turut yakin dengan permintaan Axia yang akan terus berlanjutan pada masa akan datang kerana model ini bukan sahaja menarik malah juga cekap tenaga.