Peugeot memperkenalkan model konsep 208 Natural & Urb di Sao Paulo Motor Show
Peugeot turut memperkenalkan dua model konsepnya iaitu 208 Natural dan Urb di Sao Paulo Motor Show yang telah pun bermula semalam.
208 Natural merupakan model mesra alam yang turut menampilkan beberapa kompenan yang diperbuat daripada sumber mampan. Warna fuzzy brown yang melatari kerangka luaran membuatkan model ini terserlah comelnya. Ia juga diberi penambahbaikan rekaan kabin dan papan pemuka dengan upholstery.
Walau bagaimana pun, Peugeot masih tidak mendedahkan info yang lebih spesifik mengenainya. Namun kemungkinan besar model konsep ini dibina menggunakan platform model 208 Allure dengan enjin 1.5 liter Flex.
Manakala bagi model konsep 208 Urb pula, ia lebih pada rekaan yang urban dan menampilkan kekemasan krom dan memiliki rak bumbung yang boleh membawa basikal. Model konsep ini juga telah diberi penambah baikan bagi ruang dalaman. Ia dibina menggunakan platform model 208 Griffe dan dipadankan bersama enjin 1.6 liter Flex serta transmisi automatik.